Salam ceria kepada yang membaca artikel ini semoga anda semua sihat dan dirahmati-Nya… Aminnn
Banyak email pertanyaan yang bertanya mengenai cara mengambil ubat homeopathy dan pantang. Perkara pertama yang terlintas difikiran kita apabila bercerita mengenai ubat atau remedi homeopathy adalah “PANTANG“. Tidak boleh minum kopi, teh dan bermacam-macam jenis pantang yang akan membosankan anda. Mungkin anda telah terbaca di internet dan mendengar cerita kawan-kawan yang pernah mengambil ubat homeopathy.
Ada yang bertanya kepada saya, kenapa di dalam artikel saya jarang atau tidak pernah menyebut mengenai hal-hal pantang ini?. Jawapan saya agak mudah dan pasti yang bertanya akan tertawa dengan jawapan saya. Jawapan saya ialah, berpantang hanya untuk orang lepas bersalin saja kan…
Pantang bukanlah istilah yang betul tetapi KURANGKAN pengambilan atau berhenti buat seketika adalah yang sebenarnya. Kaedah mengurang atau berhenti seketika ini ialah untuk memaksimakan kesan penyembuhan yang akan dihasilkan oleh ubat homeopathy. Ubat homeopathy akan bertindak dengan lebih efektif jika sewaktu perut anda kosong dan lidah anda juga bersih. Ubat homeopathy tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau dadah untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Oleh itu ubat homeopathy perlu disimpan dan diambil dengan teknik seperti berikut :
- Ubat homeopathy tidak perlu disimpan didalam peti ais tetapi hindarkan dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Simpan di dalam suhu bilik sudah memadai.
- Jika ubat homeopathy tersebut berbentuk tablet, tidak kira manis atau atau tidak. Ia perlu dikemam (dihisap) sehingga larut kedalam mulut (sebaliknya jika dilabel menyatakan untuk ditelan, contohnya ubat kurus Phytolacca Americana 3 in 1). Guna tudung botol sebagai pelapik tetapi jika tangan anda bersih dan kering, anda boleh mengguna tangan anda.
- Ubat berbentuk cecair seperti produk Dr Reckeweg yang perlu dicampur dengan sedikit air (tidak untuk produk Dr Reckeweg R95, Vita-C dan R8 Cough Syrup). Produk untuk jerawat seperti Aquifolium drop, untuk buasir seperti Pilen dan lain-lain. Cara mengambilnya ialah; titis sebanyak 10-15 tits (sila baca di label) dan campurkan dengan air mineral atau air suam sekurang-kurangnya 2 sudu besa
- Ambil ubat homeopathy sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum makan dan kalau boleh tahan jangan makan sehingga 15-30 minit selepas itu.
Jika anda masih was-was jangan malu-malu untuk bertanya, saya akan menjawabnya dengan senang hati Selamat pagi semua

