Set Bio-T3 Acne Cream

Set Bio-T3 Acne Cream
Product Code: Set Bio-T3 Untuk Jerawat
Availability: In Stock
Price: RM200.00 RM130.00
Qty:  
   - OR -   

Set Hapus Jerawat - Bio-T3 For Acne Diperkayakan Dengan Collagen & Vitamin E

Bio-T3 For Acne – Set Hapus Jerawat

Set Bio-T3 For Acne mengandungi 3 produk yang dihasilkan dengan bahan homeobotanical homeopathy  yang berasaskan bunga-bungaan, buah-buahan, kolagen dan pati minyak yang bermutu tinggi. 3 produk tersebut ialah:

  • Acne Natural Treatment
  • Non-Foaming Deep Cleanser
  • Acne Lift On Gel

Kebaikan produk ini;

  • Selamat, semulajadi dan pantas bertindak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembabkan kulit secara semulajadi
  • Merawat dan mengecutkan jerawat
  • Menghilangkan parut baru
  • Mencerahkan kulit
  • Menjadi agen anti-penuaan, menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit sihat dan bersinar

Explanation in English, see in More Details

FAQ (explanation in English, see below)

1. Adakah Bio-T3 For Acne dan Bio-T3 Scar Free Cream mempunyai Benzoyl Peroxide atau Hyrdroquinone?

Jawapan: Bio-T3 For Acne dan Bio-T3 Scar Free Cream adalah persediaan homeopathy, bebas dari Benzoyl peroxide dan agen pengelupasan seperti Hydroquinone

2. Berapa lamakah kesan penyembuhan Bio-T3 For Acne Natural Cream?

Jawapan: Bio-T3 For Acne Natural Cream dibantu oleh Acne Lift On Gel dan Deep Cleanser mampu untuk mengecutkan jerawat sepantas 3-5 hari, tetapi bergantung kepada tahap inflamasi jerawat tersebut. Maklumbalas dari pengguna mengatakan bahawa di antara 1- minggu kes-kes jerawat ringan akan terkawal, sementara kes jerawat sederhana di dalam masa 2 minggu atau lebih dan kes jerawat kronik mengambil masa 3-6 minggu untuk mendapat kesan yang betul-betul terkawal.

3. Bagaimanakah cara penggunaan ke semua produk Bio-T3 ?

Jawapan : Anda boleh lihat di bawah untuk cara-cara penggunaannya.

4. Adakah terdapat kesan sampingan?

Jawapan: Tidak ada kesan sampingan, dan tidak pernah dilapurkan terjadi sebarang kesan yang buruk apabila mengguna set Bio-T3 Skin Forte.

5. Bagaimana Bio-T3 For Acne bertindak mengecutkan jerawat?

Jawapan: Bio-T3 For Acne akan merawat jerawat dengan 4 langkah:

Langkah 1

• Krim Acne Natural Cream akan meresap dengan pantas ke dalam kulit
• Melembabkan dan merawat inflamasi

Langkah 2

• Membuang sel kulit mati dan menjadikan membuka pori yang tersumbat dengan sel kulit mati dan bacteria

Langkah 3

• Menghapus Propionibacterium acnes
• Mengurangkan dan menghalang inflamasi baru dari terjadi.
• Mengecutkan saiz jerawat

Langkah 4

• Menghalang jerawat dari menghasilkan parut
• Menghalang infeksi baru dari terjadinya jerawat baru
• Membina sel kulit baru dan menjadikan kulit anda gebu dan menarik

6. Berapa cepat kesan Bio-T3 Scar Free Cream?

Jawapan : Hasil dari percubaan kepada beberapa orang sukarelawan, parut-parut baru akan
pudar di dalam masa 2 minggu dan kelihatan sekata dengan kulit asal selepas 4-6 minggu, sementara parut-parut lama mengambil masa yang lebih lama di antara 4 minggu untuk kelihatan pudar dan kesan sekata dengan kulit asal selepas 10-15 minggu. Bio-T3 Scar Free Cream mempunyai kolagen & Vitamin E untuk membantu sel kulit mempercepatkan proses pembinaan sel kulit baru dan memudarkan parut dengan efektif.

9. Bagaimanakah caranya penggunaan Bio-T3 Scar Free Cream?

Jawapan : Cara penggunaannya anda boleh lihat dibawah.

1. Bio-T3 For Acne

Cara mengguna:

Sapu krim dengan rata ke semua kawasan yang dijangkiti jerawat, walaupun tanda (spot) jerawat sudah tidak kelihatan. Krim jerawat ini bertindak sehingga ke bawah permukaan kulit dan membantu untuk menghalang tanda baru dari terjadi. Krim ini digunakan selepas muka dicuci dengan Deep Cleanser atau sabun seperti Merry Gold atau Carmino Complexion Soap (CCS)

2. Non Foaming Deep Cleanser

Cara mengguna:

Cuci muka anda dengan air suam bertujuan untuk membuang kotoran yang menyebabkan pori-pori tersumbat dan juga membantu peredaran darah bergerak dengan lancar. Pastikan anda membilas muka anda dengan air biasa untuk menguatkan pori-pori anda semula. Berhati-hati, air yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan merosakan kapilari.

Sapu Deep Cleanser ke muka dan tengkuk, ratakan dan bergerak (sapu) dari bawah ke atas. Bermula dari pipi, hidung dan kening urut dengan gerakan menolak ke luar. Biarkan Deep Cleanser selama beberapa minit untuk menyerap ke kulit, ini akan membantu Deep Cleanser untuk mengeluarkan kotoran, daki dan minyak, produk ini juga akan melembabkan kulit anda dengan formula yang lembut dan selamat. Bilas muka anda dengan air sejuk dan di ikuti air suam untuk memastikan kesemua cleanser telah dibersihkan.

3. Acne Lift On Gel With Tea Tree Oil

Sangat berkesan untuk menghalang bacteria Propionibacterium acnes dari menyebabkan jerawat merebak dan mengecutkan jerawat.

Cara mengguna :

Selepas mencuci muka dengan Deep Cleanser, ambil kapas dan basahkan, picit Lift On Gel secukupnya ke kapas dan sapu ke seluruh kawasan yang dijangkiti jerawat. Boleh digunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam atau bila-bila masa diperlukan.

Bio-T3 For Acne (English)

1. Bio-T3 For Acne Cream

How to apply:

Apply the cream liberally to all areas affected by the acne, even when there are no spots visible. Acne creams work below the surface and help prevent new spots from forming.

2. Non Foaming Deep Cleanser

How to apply:

Cleanse your face gently with warm water to loosen clogged pores and stimulate blood circulation to the skin. Be sure to rinse with cool water to tighten your pores, water that is too hot or too cold can cause broken capillaries. Apply the cleansing milk to your face and neck, moving in an upward motion. Start from the inside of the face near the chin, nose and brow and massage outward. Allow the cleansing milk to set for a minute. This can help draw out dirt, grime and oil, while allowing time for moisturizers in the product to hydrate your skin. Rinse your face and neck thoroughly with cool to lukewarm water, making sure to remove all of the cleanser from the skin. It may take a couple passes to rinse away all of the milk and continue with Acne Lift On Gel.

3. Acne Lift On Gel

Use wet cotton and apply to all areas affected by the acne, It can be used twice daily - morning and night - or when required.

 

Artikel yang ditulis oleh seorang doktor homeopathy

 

Set Bio-T3 Acne Cream

Krim Jerawat Untuk Remaja

Posted on May 12, 2011 by drhomeopathy

Boleh di katakan setiap 10 orang remaja, 5-6 orang daripadanya akan mempunyai masalah jerawat. Terutama sebelum dan sewaktu puberty atau akil baligh. Perubahan hormon sering dikaitkan dengan masalah jerawat remaja selain dari penjagaan kebersihan yang selalu diabaikan. Bila dibawa ke doktor perubatan konvensional samaada klinik biasa ataupun pakar, hanya krim dan antibiotik yang akan diberikan. Krim yang popular untuk jerawat semestinya yang mengandungi Benzoyl Peroxide. Benzoyl Peroxide sememangnya telah terbukti amat berkesan untuk membenam atau supresi jerawat, di katakan amat popular dikalangan penderita jerawat remaja dan juga dewasa.

Benzoyl Peroxide akan bertindak dengan pantas dan amat popular serta dijual dengan meluas, mudah di dapati di pharmasi dan klinik. Seperti mana produk konvensional lain yang pantas bertindak, kesan sampingan yang akan menjadi tetamu tidak diundang pasti mentusul. Kemungkinan kesan sampingan yang akan “diperolehi” ialah seperti kulit menjadi amat kering, merah dan rasa terbakar.

Remedi dan Produk Homeopathy (Homeopati)

Remedi dan produk homeopathy amat lembut dan boleh diharapkan, tetapi agak “slow”. Kadang-kadang akan terjadi “outbreak”, jerawat akan ditolak keluar bersama-sama nanah yang mengandungi bakteria Propionibacterium acnes.

Mengapa proses ini terjadi? Remedi dan produk hoemopathy berkonsep merawat seluruh tubuh pesakit bukan hanya membenam jerawat seperti “menyapu sampah dan simpan dibawah tikar” , makin banyak  sampah disimpan dibawah tikar, lama kelamaan sampah tersebut akan membonjol dan terkeluar dari bawah tikar.

Jika dibenam jerawat itu, kulit luaran akan kelihatan gebu dan cantik tetapi dibawah lapisan kulit terdapat aktiviti yang akan meletus dan mungkin akan terjadi kanser jika tidak dirawat. Produk yang mengandungi remedi homeopathy seperti BC01 Acne & Scar, Aquifolium drops dan lain-lain KADANG-KADANG bukan satu kemestian yang akan menyebabkan outbreak dari terjadi. Jika terjadi outbreak bukanlah perkara negatif tetapi ia adalah positif, yang perlu hanya kesabaran, minum air dengan banyak, makan buah-buahan dan dapatkan rehat yang secukupnya. Bio-T3 Skin Forte yang mempunyai Tea tree oil adalah pengganti kepada Benzoyl peroxide untuk membunuh bakteria, Bio-T3 Acne Lift On Gel terutamanya cukup berkesan untuk mempercepatkan proses mengecutkan jerawat yang sedang “mengamuk”.Gel ini disediakan di dalam gel Aloe vera yang tidak akan menjadikan kulit  kering. Aloe vera akan membantu melembabkan kulit dan Tea tree oil akan membunuh bakteria dan menghalang bakteria untuk membiak jerawat yang baru.

Jerawat akan terjadi bila pori-pori tersumbat akibat sebum sudah bercampur dengan sel kulit mati dan bakteria, bagi membuka laluan pori yang tersumbat Bio-T3 Deep Cleanser akan membantu membuang kotoran yang menganggu laluan di pori.

Bio-T3 Acne Cream yang mempunyai bahan-bahan homeobotanical seperti Calendulla, Echinacea, Cucumis satimus atau timun, Chamomile, Lavender, Kolagen dan lain-lain akan melembab, menyerap ke dalam pori dan akan mengecutkan jerawat dengan cara yang amat selamat dan semulajadi.

Bagaimana Pula Remedi Makan?

Tidak lengkap rawatan anda jika tidak mengambil remedi yang berasaskan Biochemic yang amat terkenal untuk menjadi pengimbang mineral yang berkurangan atau yang berlebihan di dalam sistem tubuh yang kompleks. Untuk saya membantu memilih remedi makan yang sesuai anda perlu;

  • Terangkan mengenai diri anda seperti umur, pekerjaan dan lain-lain
  • Menggambarkan keadaan jerawat anda, contoh bernanah, gatal dan sakit, melarat jika panas, melarat jika dibasuh dengan air sejuk
  • Jika wanita, adakah haid anda ok atau sering “terbabas” kitaranya, mudah sensitif dan lain-lain
  • Selain muka adakah jerawat naik di belakang tubuh , dada, tengkuk dan lain-lain
  • Jika ada cerita tambahan , anda digalakan untuk menambah.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Copyright biohomeopati.com © 2012,  Setup by designXplode