Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.. tinggal beberapa hari lagi Ramadan yang mulia ini akan meninggalkan kita dan kedatangan Syawal yang sering dikaitkan dengan pesta rumah terbuka akan mengundang pelbagai masalah kesihatan. Selepas Syawal berat badan pun bertambah dan muka pun tak sembuh-sembuh, jerawat “still” naik lepas satu naik , naik lagi satu.
Kebanyakkan email yang saya terima, semuanya telah putus asa setelah pelbagai produk yang dicuba telah gagal untuk menyembuhkan jerawat. Jika sekadar “jerawat nasi” mereka tidak kisah sangat. Sudahlah besar, bernanah, gatal dan sakit. Jika dipicit makin menjadi-jadi pula jerawat “membiak” di muka. Hidup terseksa, malu dan rasa tidak yakin bila berdepan dengan kawan-kawan dan orang ramai.
Mengapa sukar untuk sembuh?
Hasil dari pengalaman lebih dari 10 tahun merawat masalah kulit terutama jerawat, saya mendapati faktor penjagaan kebersihan amat penting untuk cepat sembuh selain mengambil ubat atau krim. Saya berani mengatakan amat jarang dan sudah pasti ketiadaan masa untuk membasuh tuala dengan kerap kerana kebanyakkan dari kita mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup.Tuala yang sama akan diguna berulang-ulang kerana kita menganggap tuala tersebut masih bersih!.
Tuala pada pandangan mata kasar jika sudah dibersih akan menjadi alat untuk mengelap muka selepas mencuci dengan sabun, tetapi dengan mata kasar kita tidak nampak bahawa bakteria akan berpindah ke tuala tersebut jika kita menggunakannya untuk kali kedua atau ketiga. Begitu juga sarung bantal juga menjadi “medium” kepada bakteria untuk membiak di muka kita.
Jalan yang terbaik ialah mengguna lebih dari 1 tuala setiap kali anda ingin mengelap muka. Pasti amat sukar untuk membasuh tuala-tuala tersebut kan.. maka terbantutlah semua urusan pekerjaan anda untuk membasuh tuala setiap kali anda ingin meggunanya. Anda jangan pening-pening kepala, saya ada jalan penyelesaiannya, seperti penerangan dibawah. Kain ini amat mudah diguna dan boleh dibasuh dengan mudah untuk kegunaan di lain masa. Hanya mencuci dengan air biasa dan gantung, dan jika ada masa boleh dibasuh seperti kain biasa mengguna sabun dan peluntur jika mahu.
Microdermabrasion Cloth teknologi terkini untuk merawat masalah jerawat, parut dan kaedah “peeling” paling selamat
Hasil dari pengalaman merawat penyakit berkaitan kulit terutama jerawat, kesukaran untuk sembuh adalah berkaitan penjagaan kebersihan. Penggunaan tuala secara berulang-ulang akan mengakibatkan bakteria Propionibacterium acne yang melekat di tuala tersebut akan menyebar bakteria yang akan menjelmakan 1 atau lebih jerawat baru dimuka anda. Untuk menghalang proses ini terjadi anda memerlukan lebih dari satu tuala untuk mengelap muka anda. Tuala itu juga perlu dibasuh dan direndam dengan antiseptic atau air panas bagi memastikan segala bakteria yang melekat akan terhapus. Namun begitu tuala yang anda gunakan setiap hari tidak berupaya membersih segala kotoran yang degil walaupun dilap berkali-kali. Microdermabrasion Cloth dari Civant USA ini berlainan dari tuala biasa kerana dihasilkan dengan kajian yang lama dan teknik yang terkini.
Dengan teknologi terkini microfibers, tuala Microdermabrasion Cloth akan terasa seperti kulit yang lembut (chamois) bila dibasahkan. Tuala ini berkeupayaan membuang sel kulit mati dan bakteria dengan begitu tepat dan efisien. Kulit akan bersih dari segala kekotoran. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Kenapa anda memerlukan Microdermabrasion Cloth?. Microdermabrasion Cloth berupaya menjimatkan kos anda untuk membeli produk untuk pengelupasan yang mahal lagi merbahaya. Rahsia bagaimana Microdermabrasion Cloth bekerja ialah bahan “Micro Fiber” yang telah dibuktikan dapat menanggalkan sel kulit mati, menanggalkan kesan kosmetik, minyak dan kotoran, proses ini juga dapat mengurangkan dan menghapus jerawat. Berbanding tuala biasa yang hanya membersih kotoran dan mengelap air sahaja. Kain micro fiber akan menghapus segala kotoran yang berbentuk microscopic (amat kecil). Microdermabrasion Cloth boleh dibasuh mengguna peluntur atau sabun biasa dan boleh digunakan selama berbulan-bulan.
Mengguna Microdermabrasion Cloth secara konsisten akan mengurangkan kedutan, hiperpigmentasi, tisu parut dan akan mempercepatkan pembaharuan tisu baru dan melambatkan proses penuaan. 99% kotoran, minyak berlebihan, sel kulit mati, bekas kosmetik dan bakteria.Apa tunggu lagi..dapatkan sehelai sekarang pada harga RM65 sehelai tanpa ada kos pengeposan!
Bagi yang baru mengenali atau terbaca artikel mengenai perubatan dan produk Homeopathy, agak pening-pening lalat untuk memahami kaedah rawatan dan produk yang bukan hanya untuk sapuan (krim) tetapi sering dicadangkan untuk mengambil ubat (remedi) oral (makan) bagi merawat sistem dalaman yang terganggu oleh gangguan hormon, sembelit dan lain-lain. Terdapat BC01, BC04, BC16, Sulphur, Pulsatilla, Hepar Sulph Calcarea (HSC) dan kadang-kadang disarankan Thuja untuk membuang kesan buruk dari vaksinasi.
Mengapa perlu ubat makan?
Ramai yang risau akan kesan sampingan (side effect). Anda jangan risau kesemua ubat Homeopathy adalah amat selamat dan tanpa kesan sampingan, malah ubat Homeopathy juga selamat untuk ibu-ibu mengandung. Kaedah rawatan Homeopathy bukan hanya sasar untuk merawat dan suppres (suppress) jerawat kebawah kulit muka, tetapi rawatan Homeopathy akan merawat “top to toe” dan memerlukan info atau simptom setiap penyakit untuk mencadangkan ubat atau produk yang paling sesuai.
Paling popular jika jerawat ringan gabungan 3 produk seperti BC01, CCC dan CCS atau BC16, Carmino Calendula Healing (CCH) dan sabun Merrygold. Gabungan produk pakej ini mendapat maklum balas yang amat bagus dan menjadi pilihan utama para pembeli.Selain dari itu Bio-T3 set jerawat juga amat bagus dan berkesan untuk kes jerawat besar, gatal dan bernanah (jika bernanah gatal ubat makan HSC30 adalah pilihan yang terbaik)
Untuk mendapat nasihat dari saya sila email atau hantar soalan anda di shoutmix…


Saya tidak lagi mengalami masalah jerawat, cuma ingin menghilangkan parut-parut jerawat yang terdapat pada muka saya ini. Boleh cadangkan produk yang sesuai?
saya cadangkan Syahid guna set hapus parut Bio-T3, set ini ada krim untuk pudarkan parut, bina tisu baru untuk menghilangkan parut-parut. Deep Cleanser untuk mencuci segala kotoran. Lagi bagus guna Microdermabrasion cloth yang cukup efektif untuk menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi. Set Bio-T3 berharga RM150 dan Microdermabrasion cloth berharga RM65. Jika Microdermabrasion cloth dipesan bersama-sama set Bio-T3 , Syahid hanya tambah RM40 sahaja untuk Microdermabrasion cloth. Terima kasih Selamat Hari Raya.
Hi,
Kulit sy skrg bermasalah disebabkan berhenti mengambil 1 produk kecantikan..
Kulit jadi semakin gelap, kusam, berjerawat, jeragat serta bintik2 hitam.. parut jerawat juga sukar hilang.. Selain itu ada tak product untuk memutihkan badan.. untuk suami saya pula.. ada tak ubat untuk berhenti merokok..
hi iza,
maaf lambat reply , internet asyik doen je hehe.. untuk masalah iza saya cdgkan iza ambil set hapus parut Bio-T3 yang ada krim hapus parut Bio-T3, Deep Cleanser atau boleh pilih sabun Carmino complexion dan remedi makan BC04 yg mempunyai kolagen homeopathy. Untuk memutihkan seluruh badan belum ada tetapi ada Vita-C untuk melancarkan perjalanan darah yg akan menjadikan kulit iza bertambah cantik dan gebu
Untuk berhenti merokok ada beberapa remedi tetapi semangat utk berhenti perlu tinggilah
, remedi itu bernama R77 Dr Reckeweg