Hai Assalamualaikum dan Salam Ceria,
2012 sudah mula menginjak ke bulan kedua. 23 Januari ini kaum Cina pula akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Lunar mereka, semoga kaum Cina akan bergembira di Tahun Baru Cina.. Kong Hee Fat Choi.
Tahun bertukar tahun tetapi masalah jerawat masih menjadi misteri kepada para pakar perubatan. Pelbagai produk telah dihasilkan untuk merawat jerawat, tetapi keputusan akhirnya masih ramai pembeli yang kecewa dengan kesan produk tersebut. Manakan tidak bila baca testimoni semua hebat-hebat tetapi bila diguna tidak terjadi seperti yang diiklankan. Bukan bermakna testimonial itu adalah penipuan semata-mata tetapi ini menunjukkan setiap individu adalah unik.
Pengasas Homeopathy, Samuel Hahnemann telah sedar mengenai keunikkan karakter setiap insan, beliau berpendapat jika seseorang individu itu contohnya mengalami demam, maka demam sahaja yang sama pada penyakitnya tetapi simptom dan karakter pesakit itu adalah amat berlainan. Contohnya jika seseorang itu demam, A akan minum air hanya sedikit tetapi B pula akan terasa amat haus dan akan minum dengan banyaknya. Cuba lihat perbezaan simptom dan karakter kedua-dua pesakit tersebut, Para doktor Homeopathy akan preskripsi 2 remedi yang berlainan, remedi yang “sekufu” dengan simptomnya.
Berdasarkan kajian setelah beratus tahun Hahnemann meninggal dunia, ternyata konsep merawat “individu” tetapi bukan merawat “penyakit” yang telah dipelopori oleh Hahnemann telah terbukti betul. Walaupun tanpa merujuk kenyataan Hahnemann yang diterbitkan lebih dua ratus tahun lepas. Para saintis telah mengesahkan bahawa setiap individu di dunia mempunyai DNA yang tersendiri dan unik. Bayangkan trilion umat manusia yang menghuni di dunia ciptaan-Nya mempunyai DNA yang unik dan tidak mungkin akan dikongsi oleh individu lain di Planet Bumi ini.
Kerana faktor itu perubatan Homeopathy mengamal kaedah bertanyakan soalan. Soalan seperti karakter dan simptom seseorang pesakit itu. Soalan dan jawapan ini akan amat membantu untuk “menjodohkan” remedi yang sesuai.Kerap kali kes-kes jerawat bagi wanita, soalan pertama yang saya tanya ialah mengenai kitaran haid, keputihan dan gejala sembelit jika ada. Kesemua simptom tersebut akan menjurus kepada lebihan toksik di dalam darah dan juga hati. Setelah saya mencuba kombinasi R21 dan R28 Dr.Reckeweg kepada para wanita yang mempunyai masalah “utamanya” ialah kitaran haid yang tidak teratur menunjukkan kesan yang amat hebat, di mana 10 orang wanita yang saya cadangkan mengambil R21 dan R28 memberi feedback bahawa haid mereka mula datang selepas 2 minggu mengambil R28 dan jerawat mula berkurangan selepas mengambil R21 selama 3 minggu.
Kenapa R21 dan R28?
Berikut ialah indikasi kedua-dua produk tersebut:
R21 secara mudahnya digelar sebagai pencuci darah atau detox.
R21 Reckeweg Skin Disorders – Chronic eczema; chronic skin conditions which do not yield to conventional therapeutic intervention; constitutional improvement in cases of skin diseases to increase reactivity.
R28 adalah untuk pelbagai masalah haid seperti PMS, haid tidak menentu dan haid tidak ada langsung di dalam kitaran haid
R28 Reckeweg Secalen – Homeopathic Medicine for the the temporary relief of minor symptoms associated with:
- Painful menstruation
- Irregular menstruation
- Absence of menstruation
Setiap satu remedi ini berharga RM65, saya cadangkan untuk kegunaan luar krim Bio-T3 For Acne dan Sabun Merrygold adalah gandingan yang hebat.


