Homeopathy dan perbezaan pendekatan rawatan

Jika dibandingkan di antara rawatan alternatif yang ada di Malaysia, kaedah perubatan Homeopathy adalah yang paling sistematik dan mendapat tempat sebagai perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan diseluruh dunia, seperti di United Kingdom, Germany dan India. Mengikut laporan, Queen Elizabeth merupakann Monarki yang mengamalkan perubatan Homeopathy, beliau sentiasa dipantau oleh pakar-pakar Homeopathy dinegaranya sehingga kini.

Perubatan Homeopathy di klasifikasikan sebagai rawatan yang bersistematik, mempunyai kajian klinikal mengenai remedi yang  “proven”.   Semua kajian klinikal dari zaman pengasasnya Samuel Hahnemann sehingga kini direkodkan di dalam buku rujukan yang dipanggil Materia Medica yang dikemaskini setiap masa mengikut kajian terdahulu sehingga yang terkini. Sehingga kini berlandaskan Materia Medica terdapat tiga jenis pendekatan rawatan yang diamalkan oleh doktor dan pengamal Homeopathy di seluruh dunia. Tiga jenis pendekatan itu ialah;

1. Classical Homeopathy – pendekatan ini berpandukan kaedah yang diamalkan oleh pengasas Homeopathy iatu Hahnemann. Pengikut kaedah ini hanya akan memilih satu jenis remedi atau di panggil “single remedy” di dalam satu masa untuk setiap individu yang mengalami masalah kesihatan. Mereka berpendapat dengan mengguna satu remedi di dalam satu masa akan memudahkan pemantauan kesan yang dihasilkan oleh remedi, untuk mengenalpasti remedi terbaik bagi setiap individu, kesan remedi yang dihasilkan dan menukar remedi yang lebih sesuai jika remedi yang sebelumnya kurang menunjukkan kesan yang diharapkan. Kebaikan kaedah ini ialah pemantaun yang sistematik dapat dibuat kepada setiap individu, tetapi kaedah ini mengambil masa yang agak panjang dan tidak popular bagi pesakit yang inginkan kesan yang pantas.

2. Complex Homeopathy – Complex Homeopathy melibatkan kombinasi remedi, kadang-kadang kombinasi pelbagai potensi remedi, malah ia juga melibatkan remedi homeobotanical ( remedi herba Homeopathy). Kaedah ini dibangunkan pada abad ke 20 oleh Swiss naturopath Alfred Vogel dan German medical homeopath Dr Hans-Heinrich Reckeweg (produk yang kini dikenali sebagai Dr.Reckeweg seperti garlic R79, Alfalfa Tonic R95 dan lain-lain). Sistem perubatan ini digelar sistem homotoxicology, mereka percaya setiap penyakit akan dipengaruhi oleh kesan toksin. Mereka juga percaya tubuh berupaya untuk memilih remedi dan potensi yang sesuai untuk menyahtoksik didalam tubuh. Konsep ini popular kepada pengguna, kerana mereka akan mendapat manfaat kombinasi pelbagai remedi di dalam satu botol.

3. Clinical Homeopathy – Pendekatan kaedah ini dipelopori oleh seorang doktor perubatan yang bernama Douglas Borland yang memberi fokus remedi yang spesifik untuk setiap individu yang merujuk preskripsi / terapeutik Dr Schüssler’s Tissue Salts: Dr Wilhelm Schüssler, (ejaan Schuessler). Schuessler adalah pengikut terawal Hahnemann yang mengguna keseluruhan remedi yang dipelopori Hahnemann tetapi selepas itu menemui konsep Tissue Salt atau Garam Tisu, kadang-kadang disebut biochemic yang mengenal pasti kebanyakkan penyakit adalah berpunca dari ketidakseimbangan mineral didalam tubuh. Pada tahun 1872 dia menghasilkan 12 jenis remedi berasaskan mineral yang terdapat di dalam tubuh. Walaupun remedi ini berkonsepkan Garam Tisu atau biochemic ia sering dianggap sebahagian dari remedi Homeopathy dan sebahagian Micro-Nutrient. Penyediaan remedi garam tisu sama kaedahnya dengan penyediaan remedi homeopathy. Remedi ini dihasilkan seolah-olah mineral yang terdapat didalam tubuh manusia dan diambil secara kombinasi untuk mengenalpasti kekurangan yang terjadi.

Contoh remedi kombinasi yang popular; kombinasi biochemic seperti BC01, BC02, BC03 dan lain-lain akan menambah baik kekurangan tersebut. Biochemic amat selamat untuk semua jenis peringkat umur termasuk bayi dan ibu mengandung.  Kaedah ini amat popular terutama bagi wanita dan kanak- kanak kerana kesannya penyembuhannya agak cepat berbanding kaum lelaki.

Homeopathy juga amat berkesan untuk haiwan, di Barat perubatan Homeopathy digunakan secara meluas untuk haiwan ternakan. Remedi dipilih mengguna kaedah yang sama untuk manusia, seperti mengenalpasti simptom dan karekter penyakit. Rawatan yang sering digunakan kepada haiwan ialah untuk meningkat kesuburan lembu, penyakit yang bekaitan babi, salmonella yang kerap menyerang ayam, penyakit Cushing’s yang menyerang kuda dan anjing, namun rawatan mengguna remedi Homeopathy kepada haiwan masih belum di “proven” dengan kajian klinikal.

Nota : proven bermaksud remedi yang telah dibuktikan secara klinikal telah berkesan dan mampu merawat sesuatu penyakit.

Artikel ini disediakan oleh:

Khairul Anwar Bin Mustafa
DHMS, Lincolnshire International University. USA.

( Jika anda ingin mengambil artikel ini sebagai bahan rujukan, sila hubungi admin)


Close
E-mail It