Seringkali wanita terutamanya, akan merasa amat rendah diri jika bergaul sesama rakan, manakan tidak dia amat menonjol bukan kerana kecantikannya tetapi tubuhnya yang amat menonjol kerana dia yang paling besar. Ada suara-suara nakal berbisik-bisik sambil ketawa menyebut “anak gajah” , “teddy bear” dan pelbagai gelaran yang diberi. Tambahan pula bila berbadan besar, tubuh akan mengeluarkan aura yang tidak enak, sembur “perfume” pun sia-sia sahaja. Manalah ada lelaki yang sudi untuk menjadikan wanita tersebut sebagai “awek”. Jika sudah berkahwin pun, suami mula dingin. Kalau dulu tidur berpelukan, kini si suami menghadap kearah lain bila tidur sekatil.

Adakah ini takdir yang ditentukan? Allah SWT tidak kejam tetapi Maha Penyayang lagi Bijaksana. Allah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan-Nya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, kecuali kematian. Oleh itu berusahalah untuk sihat dan cantik, malah Allah amat memurkai umat-Nya yang tidak menjaga kesihatan.

Sambil mengunyah “jajan” wanita comel yang cukup subur itu dengan bangganya berkata “saya sudah enam bulan tak  makan nasi, diet”. Bila saya bertanya, berapa kilo dia berjaya turunkan berat badannya, dia mula kerutkan dahinya. “Ermm tu yang saya pelik tu nak turun sekilo pun susah doc, macam-macam produk dah saya cuba”. Dia kelihatan berpeluh-peluh walaupun dalam bilik yang agak sejuk dengan penghawa dingin, tambahan pula diluar hujan turun renyai-renyai. “Beribu dah habis duit doc tapi semua “fail” (gagal), ni yang nak cuba Phytolacca Americana dan R79 pula ni”. Harapan gadis ini amat tinggi untuk mendapatkan hasil yang diharapkan jika mengambil Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic R79. Adakah dia akan berjaya?

Kenapa wanita comel ini gagal untuk turunkan berat badannya walaupun dia berdiet sakan?. Jawapannya mudah sahaja, dia berdiet tetapi tidak mengamalkan pemakanan sihat atau eat healthily. Ayat popular “you are what you eat” adalah ayat yang agak klise tetapi pada hakikatnya memang benar. Tubuh kita memerlukan kombinasi pelbagai makanan dan cecair untuk mengekal kesihatan yang baik. Kata kunci bagi diet yang betul adalah “seimbang” atau balance. Diet yang sihat secara asasnya mengandungi tiga jenis makanan iaitu protein, karbohidrat dan lemak (fat).

Pakar Pemakanan dan Nutrisi mengariskan panduan pemakanan sihat seperti ;

  1. Sekurang-kurangnya 40% karbohidrat
  2. Lebih kurang 30% protein
  3. Tidak lebih 30%  lemak.

Sumber Karbohidrat

Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi gula dan kanji yang boleh didapati didalam nasi, roti, kentang, bijirin dan pasta. Bashmati (brown rice) dan roti wholegrain adalah yang terbaik untuk kesihatan.

Sumber Protein

Daging dan ikan kaya dengan sumber protein dan tenaga. Daging jenis putih seperti daging ayam mengandungi lemak yang rendah berbanding daging merah seperti daging lembu dan kambing. Telur, buah-buahan, kekacang dan peas juga mengandungi sumber protein.

Sumber Lemak

Lemak sering dipandang sebagai musuh utama bagi sesetengah orang. Walaubagaimana pun lemak amat penting untuk menjana tenaga dan menjadi asas pembinaan sel di tubuh. Lemak juga membantu menyerap vitamin. Pengambilan lemak yang berlebihan akan mengundang padah kepada kesihatan terutama makanan yang mengandungi lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak tepu adalah seperti mentega dan minyak kelapa. Oleh itu anda perlu mengelak dari mengambil makanan yang berasakan dari lemak tepu seperti ais krim, biskut, kek dan coklat.

Vitamin dan Mineral Asli.

Buah-buahan dan sayuran adalah sumber micronutrient yang hebat. Oleh itu anda amak digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap hari.

Pendek kata diet secara ekstrem bukanlah pilihan yang terbaik, selain pengambilan produk untuk mengawal berat badan, senaman adalah kata kunci kedua yang amat penting. Jika anda tidak biasa bersenaman, berjalan kaki pada jarak yang jauh untuk 2 atau 3 kali seminggu. Kalau anda mempunyai azam yang tinggi untuk kelihatan ramping, paksa diri anda untuk berjogging di taman atau di gim mengguna treadmill, berbasikal dan berenang. Kajian menunjukkan aktiviti berjogging, berbasikal dan berenang amat membantu untuk mendapat tubuh yang langsing.

Jika anda bercadang untuk cantik, langsing dan menjadi pujaan suami dan teman lelaki atau wanita anda, berikut ialah petuanya;

  1. Tidak ada solusi jalan pintas untuk kurus
  2. Diet yang ekstrem akan menjurus kepada permasalahan kesihatan yang lain
  3. Penurunan berat badan yang melampau juga akan membahayakan kesihatan anda.

Pendek kan cerita, jika anda ingin sihat dan tubuh yang menarik, anda perlu bijak menyusun strategi. Produk seperti Phytolacca Americana 3 in 1, R79 dan Allium Plus adalah bersifat sebagai “pembantu peribadi”. Produk-produk ini akan membantu meningkatkan metabolisma untuk membakar kalori, membantu penghadaman dan mengawal selera makan, tetapi “balance” merupakan perkara yang amat penting. Diet yang seimbang (balance) dan senaman yang berterusan  adalah kata kunci yang paling utama untuk anda mencapai impian anda. Jangan siksa diri anda dengan diet yang melulu. Tepuk dada jangan sampai terbatuk tetapi tepuk dada tanyalah “plan” anda… andakah anda mempunyai “plan” yang sesuai?.

Produk dan Remedi Homeopathy

Produk dan remedi homeopathy yang cukup popular ialah Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 Dr.Reckeweg. Selain dari itu terdapat puluhan remedi lain yang boleh diambil secara “single” atau kombinasi seperti BC20 – Bio Slim Combo amat membantu untuk mengawal berat badan. R59 Dr.Reckeweg boleh membantu untuk mengawal hypothyroidism yang mengakibatkan berat badan bertambah walaupun anda tidak makan nasi selama setahun pun.

2 Responses so far.

  1. siti says:

    saya ingin tahu ubat ape yg sesuai dgn masalah period. saya bermasalah period selepas mengambil injection cegah hamil dah hampir 8 thn masalah ini x berkesudahannye..tq

    • admin says:

      Siti boleh ambil R28 Dr.Reckeweg dan Aletris Farinosa , kedua-dua remedi ini jenis air. Insya Allah boleh membantu, kemungkinan ambil masa 3-6 bulan untuk membetulkan sistem hormon siti


Close
E-mail It