Salam ceria, semoga anda sihat dan bergembira bersama-sama ahli keluarga di hujung minggu ini. Sudahkah anda “check” tekanan darah anda ? Jika belum pergilah ke klinik untuk membuat pemeriksaan tekanan darah anda. Tak sakit pun, tak perlu cucuk-cucuk pun, jangan takut.
Mengikut berita rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mengalami darah tinggi.Terdapat 2 jenis bacaan atau tekanan darah kita iaitu sistolik dan diastolik atau pada bahasa mudah “atas” dan “bawah” , jika bacaan sistolik anda atas paras 120 dan diastolik atas paras 80 maka anda perlu berhati-hati kerana pembunuh senyap sedang mengintai anda!.
Mengapa digelar “pembunuh senyap”? ,
Reputasi sebagai pembunuh senyap memang amat mengerunkan kerana hypertensi kadang-kadang langsung tidak menunjukkan simptom atau tanda. Cuma ada individu yang merasa sakit atau pening di belakang kepala, sakit yang berdenyut-denyut, kepala terasa seolah-olah ada batu di atasnya.
Ada ke ubatnya ?
Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali kematian. Jika pada peringkat awal maka banyaklah pilihan yang boleh di ambil bagi mengawal hypertensi. Ubat yang paling mujarab ialah Dr Reckeweg R79 garlic. Bukan gimik atau cerita promosi tetapi saya sendiri sudah melebihi umur belia. Maka tanda-tanda hypertensi juga akan datang menjenguk, seperti pening-pening kepala selepas mengambil makanan yang berperisa atau yang masin. Tanpa berlengah saya akan menelan 2 biji Dr Reckeweg R79. Di dalam tempoh 5-10 minit kepala saya yang terasa berat akan beransur “ringan” dan selepas 30 minit semua simptom terus hilang.
Bukan saya syok sendiri dengan fakta ini, tetapi pesakit hypertensi ringan (mild hypertension) atau pra-hypertensi (border) yang sudah tak lalu nak telan ubat klinik. Tekanan darah tetap yo-yo, masih tidak menentu. Mereka sering merungut mengenai kesan sampingan ubat klinik tetapi tekanan tetap degil nak stabil. Saya terus mencadangkan Dr Reckeweg R79 dengan dos permulaan pada minggu pertama 2 biji 3 kali sehari, selepas 1 minggu dos normal 1 biji 3 kali sehari. Selepas “improved” atau tekanan mula stabil, 2 biji sehari sudah mencukupi.
Jadi jika anda sudah berumur 30 tahun ke atas, jadikan Dr Reckeweg R79 sebagai teman jantung anda.

